Born To Be A Teacher

Sahaja aku pergi ke sekolah mendidik anak-anakku yang cemerlang agar cemerlang dunia dan akhirat kerana ALLAH TAALA...AMIN

Friday, July 29, 2011

Preparation utk interview SPP

fORMAT TEMUDUGA SPP
Temuduga secara berkumpulan (3-5 org).
Perincian markah
20% (Sahsiah/Perwatakan/Penampilan)
20% (penyampaian)
30% (pengetahuan akademik/ikhtisas)
30% (pengetahuan isu2 semasa)

PREPARATION  untuk temuduga SPP
  1. Rukun Negara
  2. Falsafah Pendidikan Negara
  3. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
  4. 16 Nilai yang terkandung dalam FPK dan mana datangnya nilai-nilai tu.
  5. Teori-teori pengajaran dan pedagogi yang berkaitan - behavior theory, constructivist theory, humanistics theory, cognitive theory dan sewaktu dengannya. Pastikan tahu siapa tokoh2nya.
  6. Cara mengajar dan cara meningkatkan motivasi murid ikut teori behavior, sosial dan kognitif (berdasarkan kepada teori2 pembelajaran)
  7. PIBG
  8. Struktur pentadbiran-KPM,JPN
  9. Isu-isu semasa dalam dan luar (baca paper, tengok berita),BLN 8 MERDEKA..CTH TEMA HARI KEBANGSAAN,HARI MALAYSIA,BULAN BAHASA)
  10. Isu-isu pendidikan yang terkini 
  11. Menteri-menteri Kabinet
  12. Nama menteri pelajaran dan pengajian tinggi berserta timbalannya
  13. Nama pengarah pendidikan mengikut negeri masing2 berserta timbalan
  14. Wawasan 2020
  15. Dasar 1 Malaysia
  16. SBT
  17. MBMMBI
  18. sekolah dalam hospital
  19. 1 Murid 1 Sukan
  20. 7 NKRA
  21. Modal Insan
  22. NKRA
  23. KSSR
  24. SGM
  25. LINUS
  26. KPM
  27. PIPP
  28. Konsep Integriti
  29. Ibu negara-negara dunia
  30. Pasal sekolah sendiri - HEM/KOKU-VISI,MISI SEKOLAH
  31. Lagu sekolah
  32. Lagu negeri
  33. Sejarah Negeri tempat mengajar 
  34. Mengajar depan Panel
  35. Menilai pencapaian murid-murid berdasarkan kepada Taxonomy Bloom

Dokumen yang perlu dibawa untuk temuduga SPP

Syukur alhamdulillah dengan rezeki daripadNYA
Untuk 15 Ogos 2011 nanti,banyak kene study n dokumen2 dibawa..ok i nak share ngan u all...

Pastikan semua dokumen asal dan salinan yang disahkan berikut dibawa semasa menghadiri temu duga:

1. Kad Pengenalan;

2. Sijil Lahir/Sijil Pendaftaran Kelahiran (Bagi calon yang lahir di luar negara, sila kemukakan borang W/Surat pengesahan kewarganegaraan dari Jabatan Pendaftaran Negara);

3. Sijil kelulusan yang diperolehi (mana yang berkenaan);
3.1 Sijil Akademik
3.1.1 SPM/MCE/SPVM/SPMV;
3.1.2 SAP/GCE (Kepujian Bahasa Melayu);
3.1.3 STPM/STP/HSC/Sijil Politeknik;
3.1.4 Diploma/Ijazah Akademik dan Transkrip;
(bagi ijazah yang diperolehi dalam bahasa selain Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, surat terjemahan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris adalah diperlukan dan terjemahan hendaklah dibuat oleh Institut Terjemahan Negara atau Jabatan Penuntut Malaysia atau Pejabat Kedutaan Malaysia di Negara berkenaan atau Jabatan Agama Islam Negeri bagi Ijazah Bahasa Arab sahaja);
3.2 Kelayakan Ikhtisas
3.2.1 Ijazah Pendidikan dan transkrip;
3.2.2 Diploma Pendidikan/Diploma Perguruan dan transkrip;
3.2.3 Sijil Perguruan Asas/Sijil Guru dan transkrip;
3.2.4 Sijil Latihan Mengajar Sepenggal;
3.3 Surat Tawaran / Kelulusan
3.3.1 Surat Tawaran Jawatan Guru Sandaran Terlatih; atau
3.3.2 Surat Kelulusan Cuti Belajar; atau
3.3.3 Surat Kebenaran Mengikuti Kursus PJJ; atau
3.3.4 Surat Tawaran Mengikuti Program Pensiswazahan Guru Besar;

4. Pengiktirafan kelayakan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi Ijazah dalam dan luar Negara. Tuan/puan boleh merujuk dan mencetak nilai taraf ijazah yang berkaitan melalui laman web JPA dihttp://www.interactive.jpa.gov.my/frmMainIktiraf.asp dan mengemukakan cetakan asal dari laman web tersebut kepada Suruhanjaya sewaktu temu duga. Bagi nilai taraf ijazah yang tidak terdapat dalam laman web JPA tersebut, tuan/puan dikehendaki merujuk kepada Bahagian Latihan, JPA untuk mendapatkan nilai taraf berkenaan; dan

5. Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan tetap atau Kew.8 yang tercatat tarikh melapor diri bagi Guru Sandaran Terlatih.

6. Dokumen-dokumen berikut yang telah dilengkapkan iaitu :
6.1 Senarai Tugas & Ko-Kurikulum; dan
6.2 Borang Laporan Khas Temu Duga.
Semua dokumen seperti di para 6.1 dan 6.2 tersebut perlu dimuat turun dan dicetak daripada laman web SPP diSuruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)

Ok..pasni i nk cari bahan2 untuk study plak..okiesss

Alhamdulillah..Konvokesyen 27 JULAI 2011

Alhamdulillah..syukur kerana diberi kesempatan menikmati manisnya sebuah kejayaan...27 Julai lalu akhirnya aku konvo jugak di SITC,UPSI...Dpt cuti tnpa rekod sehari jer..tq Pengetua Cemerlang SEMESTI...

Ok,picture upload kmudian la..pastu balik dr Konvokesyen tergerak hati nak check SPP..Syukur alhamdulillah..rezeki  daripadaNYA,aku dapat panggilan temuduga SPP pada 15 Ogos 2011 di Putrajaya..lagi 2 minggu dari sekarang..so now,aku dh start cr bhn2 utk dibaca..Doakan kejayaan Cikgu Inah yer..amin..

Saturday, July 2, 2011

SMK Seksyen 3,Bandar Kinrara

Syukur alhamdulillah..rezeki di kinrara..27 jun 2011 lapor diri di smk seksyen 3,bndr kinrara...cabaran pertama bermula...ajar bm peralihan  n bm form 1..terima seadanya..firstly,i dont know how to teach bm peralihan coz my  all students adlh chines n indian..sgt2 menguji kesabaran..but i never give up..i try do the best..for my beloved students peralihan jati..i know u are clever sebenarnye ,insyaallah cikgu akan ajar kamu semua jadi pandai,boleh baca dengan lancar,bina ayat n karangan dengan baik.i promise...wlaupun berat tanggunggjawab ini insyaallah cikgu akan lakukannya demi anak2 1malaysia..okiess....

Thursday, June 23, 2011

Modul Program Pembangunan Guru Baharu

This is a new programme that will be implemented for the new teacher selama 3bulan di sekolah iaitu orientasi n monitoring. If you are interested to read the module, please click here . It can be found in BPG website..http://apps1.moe.gov.my/bpg/news/bhn_mentor/MODUL_LENGKAP_PPGB_2011.pdf

ini adalah sgt2 penting yer utk cikgu2 baru yer sbb penilaian ini ialah  seperti dibawah:
80 – 100 % - Mencapai Tahap Kompetensi (Pentadbir boleh memperakukan cadangan
pengesahan dalam perkhidmatan Guru Baharu ke SPP)

0 - 79 % - Tidak Mencapai Tahap Kompetensi (Pentadbir boleh mencadangkan
agar Guru Baharu menjalani PPGB selama enam hingga dua belas bulan
lagi)

so,all the best la...tanggungjawab harus dijalankan dengan penuh ikhlas n amanah..okiesss

Sebelum lapor diri..ape yg perlu dilakukan?

Salam.

Tahniah kepada kawan2 UPSI yg dh dpt penempatan masing-masing. 27Jun 2011 nnti  tahu lah sekolah mana korang dapat.

 Sebelum datang untuk melapor diri, ada beberapa perkara yang mesti buat. Antaranya;


  • Buka akaun KWSP - dapatkan slip yang ada nombor akaun KWSP korang untuk memudahkan urusan gaji nanti. Buat siap-siap sebab benda ni sekejap je. 


  • Dokumen Perjalanan Terhad (DPT) untuk yang posting ke Sabah & Sarawak 


  • Fotostat & bawa original copy benda-benda di bawah ni:
  1. Sijil-sijil akademik dan kokurikulum semasa sekolah menengah & IPTA.
  2. Surat beranak
  3. Kad Pengenalan
  4. Buku bank (lebih selamat kalau ada akaun bank-bank berbeza, dan bawa semua.)
  5. Surat penempatan (kalau dah dapat)
  6. Surat nikah (kalau dah kahwin
  7. Gambar pasport 
Sijil-sijil akademik dan kokurikulum, Surat Beranak, IC, surat nikah
- ini untuk fail peribadi korang dan urusan-urusan lain (temuduga pengesahan dan sebagainya)


Surat Penempatan
- sebab dia sama seperti di atas.
- untuk pengesahan lantikan.
- untuk gaji.
- akan dapat bila lapor diri di JPN/ PPD atau pun selepas korang lapor diri di sekolah (pedalaman khasnya)


SPP
- isi sendiri yer online SPP selepas lapor diri.

 BTN
- kalau belum pergi, boleh mendaftar untuk masuk kursus lepas dah lapor diri.


Buku Bank
- untuk gaji.
- lebih baik korang bawa buku bank lebih dari satu (kalau ada akaun di bank-bank berlainan) 


Akaun KWSP
- kalau tak settle ni, lambatlah urusan gaji sebab gaji akan dipotong sikit untuk simpanan KWSP selagi korang tak sah jawatan atau tak pilih skim pencen. Sekarang rate potongan adalah 11% dari gaji pokok. 


ok itu jer utk entry kali nie..pe2 i akan update kemudian..okiesss

Alhamdulillah..rezeki di Selangor

Syukur alhamdulillah..rezeki di Selangor
for details information,please refer kt jpnselangor website...

Saturday, May 21, 2011

people always miss,appreciate and cherish people who they had loved or things they had before once its GONE

The worlds happiest couple never have the same character,they just have the best understanding of their difference

To love someone deeply give you strength,being loved by someone deeply  gives you courage

Never let a problem to be solved become  more importnat than a person you love

love is a feeling,you cnt choose who you love,if you could it would be much simplier but lesss magical

once you find someone you love try your hardest not to lose them,because you will never get over the feeling of loneliness

Tuesday, May 10, 2011

Macamana nak isi borang e-gst untuk pelajar IPTA pendidikan

Okey adik2 junior tahniah kerana beberapa hari lagi bakal menamatkan praktikum n 3 rakanku yg lain iaitu Tasha,miza n eita..Selepas nie korang kene isi egst untuk ape?untuk panggilan interview..okey i nak share experience skit cmne nak isi egst nie..

1. Apabila egst kluar kat KPM website,korang dah boleh isi TETAPI pastikan TARIKH SENAT,TARIKH KONVOKESYEN  & TARIKH TAMAT PENGAJIAN diperolehi dari Unit Pengijazahan UPSI..Sangat2 penting ketiga2 tarikh tue..pengalaman kawan saye ade yg tersalah isi tarikh,tahun n macam2 lagi..okey diingatkan masa isi egst nie,WAJIB dapatkan maklumat2 yang tepat sebelum isi form nie dan FOKUS semasa isi egst nie..jangan tersilap atau tersalah..pengalaman kawan saya juga tersalah isi DIPLOMA PENDIDIKAN..sepatutnya IJAZAH PENDIDIKAN ******** DENGAN KEPUJIAN,maka namanya tiada dalam senarai apabila keluar nama untuk panggilan temuduga.okey jangan wat salah n silap yer

2. 2 negeri pilhan untuk posting..fikirlah sebaik2nye ikut pilihan kamu.suka hatilah yer.

3.Maklumat2 lain seperti maklumat peribadi.ha ahh status pun penting.klu dah kawin,isi la dah kawin..he he..Semua maklumat kene n WAJIB isi.

4. Penglibatan Kokurikulum..a aaa PENTING nie..ade 3 ruangan yang perlu di isi iaitu Persatuan,Unit Beruniform dan Kelab.Isilah yer jangan menipu sudahlah..Cam saye dulu isi,refer kepada sijil tamat sekolah ketiga2 penglibatan kat sekolah menengah start form 4 until form 5 and mase  kt UITM wat Diploma n kat UPSI,Degree Education.Jangan lupa kalau jadi AJK ape2,isi jer..Pastikan semua yang anda isi tu ADA SIJIL...jangan menipu..kang ade yang terkantoi mase interview..Macam Panel saya ari 2 dia check satu2 penglibatan KO-KO tu...banyak markah kat situ

5. Pasal pedidikan,result SPM bagi subjek BI,bm,Pendidikan Islam dan CGPA terakhir di UPSI.Oh ya,CGPA mempunyai % juga yer..10% mase interview ..tapi jangnlah risau sape yg dapat 3.00 xbermakna gagal interview n jangan yakin sangat sae yg dapat 3.5 ke atas berjaya interview..ade kisahnye result tip top xmenjamin anda berjaya interview sekiranya insak xlulus n interview ntah ape2..

6. Perlu diingatkan,SEMAK dan KEMASKINI segala maklumat dengan tepat dan teliti terutamanya 3 tarikh penting yg dinyatakan diaatas.Okey...

Selepas isi egst,KPM akan keluarkan la tarikh interview dlm mase sebulan dari tarikh tutup egst.So mase dh kluar egst tu,dah boleh prepare utk interview n alert la isu2 pendidikan dan semasa.Semua yang isi egst tu akan dipanggil interview sekiranya anda tidak tersilap mengisi borang egst.Oleh itu,BERHATI2 N TELITI semasa isi egst tue..

Okey pasal % untuk cgpa n ko-ko ade markah tau mase interview..Selepas INSAK,anda akan diinterview so,nama anda mengikut panel yang ditetapkan.Mase sesi interview panel akan ade calculator,bl tengok sijil u,ade la dia kire and thick kat kertas dia tu,mule2 sekali cgpa pastu ko-ko.Okey seterusnya penampilan mase interview haruslah macam cikgu yer siap pakai nametag,kasut bertutup,sarung kaki,pakaina sopan,handbag,bagi salam sebelum masuk bilik interview..semua tu haruslah dititikberatkan.Yang paling penting preparation mase interview n sbeleum,semasa, yer..Yakin itulah paling penting.Bersedia sekiranya panel menyuruh anda microteaching ape2 topik samada minor or major anda..okey..

Huhhhh banyak sebenarnya dan panjang proses nak jadi cikgu.Saya yang tlh melalui pengalaman barulah rasa kemanisannya apabile dapatresult BERJAYA Jumaat lepas,6 Mei 2011.

Yang penting sentiasa recheck nawaitu kite untuk menjadi pendidik..insyaallah jalan kita akan dipermudahkan olehNYA..Amin...Ikhlas dan jujur kunci paling penting..Ingat,tanggungjawab n amanah amatlah besar untuk mendidik anak2 bangsa..

Selamat Hari Guru 2011
16 Mei 2011

Sunday, May 8, 2011

Men Are From Mars,Women Are From Venus

alhamdulillah..finally i got this book Men are from mars,women are from venus by John Gray. On the cover of the book, underneath the title, it says ‘a practical guide for improving communication and getting what you want in your relationships’ and Iagree. This book is a very good guide to relationships.....i got 20% discount at popular jusco cheras tadi...so now i want to continue reading this book okiess....


I strongly recommend that each an every couple read this book.. Giving you insight on what is on your partner’s mind can really improve the way you deal with your relationship.


Here’s the official synopsis..
“Once upon a time, Martians and Venusians met, fell in love, and had happy relationships together because they respected and accepted their differences. Then they came to Earth and amnesia set in: they forgot they were from different planets.
Using this metaphor to illustrate the commonly occurring conflicts between men and women, Dr. John Gray explains how these differences can come between the sexes and prohibit mutually fulfilling, loving relationships. Based on years of successful counseling of couples and individuals, he gives advice on how to counteract these differences in communication styles, emotional needs and modes of behavior to promote a greater understanding between individual partners.
Now available in its complete, unabridged form, Men Are from Mars, Women Are from Venus is an invaluable tool for developing deeper and more satisfying relationships

Thursday, May 5, 2011

syukur alhamdulillah.BERJAYA

syukur alhamdulillah ,akhrinya penantian terjawab..sesungguhnya sabar itu indah...result utk Guru Sandaran Terlatih IPTA yg diinterview pd 7-11Februari 2011 dh terpapar di moe website...result seperti di atas..


Tuesday, April 5, 2011

Semakan keputusan temuduga GST pada 7-11 Februari 2011 :: too tired to wait

hye..lame xupdate my blog..u know why?worried about entry di atas..very tired to wait..owh bilakah akan menjelma..i hrpkan next week akan appear yg mcm ini kt website KPM..boleh x KPM???wait n see..owh wait lagi..ayoyooo
esok genap 2 bulan dr tarikh interview n bile result erk?jom wat research skit..
berdasarkn batch2 gst sblm nie,2 bulan dr tarikh interview,akan dpt tau la result..eh..betul ker??ya,betul..
sile bace n lihat dengan teliti yer..

interview gst pd 3-7 Mei 2010 ::keputusan semakan  temuduga gst ialah 2 Julai 2010 ~Penempatan Ogos 2010

interview gst pd 2-6 Ogos 2010 ::keputusan semakan  temuduga gst ialah 3 September 2010 : Penemptan November 2010

interview gst pd 1-4 November 2010 ::keputusan semakan  temuduga gst ialah 6 Januari 2011 ~ Penempatan 7 Februari 2011

So..saya interview 7-11 Februari 2011..adakah April resultnyer?kita tunggu yer..sabar..sabar ye cikgu..:)

Tuesday, February 8, 2011

11 2 11...

11 2 11...ape tu??
mule2 skali betulkan niat ,ikhlas diri untuk jadi pendidik kerana Allah Taala...insyaalah kita diredhai dan tenang 11 2 11 nnti..amin

11 2 11..interview utk gst kt sm pendidikan khas vokasional seksyen 17,shah alam at 8 am...
haaa?korang xcaye ek..hah tengok  nie...


aku panel 6..name plak Z..confirm last skali turn coz ikut alphabet..hu hu...dup dap dup dap..
preparation???owhhh not 100% ready la..cm byk xbace agi ler..cmner nie..
cm xbiase study last minute..he he
hopefully berjaya nnti..amin..betulkan niat dulu sblm p interview..lillahita'ala..
.

Sunday, January 23, 2011

23..23...entry for today

owh 23...apekah itu?angka..number..he he..maybe my age kot..he he

23 sgt bermkna dlm hidup kiteorg...23june n 23july..

cpt2..dh dpt jwpannyer???23 tu tarikh la..23june is M I A bday n 23july my bday...

honda MIA  2306...car i plak nnti aper yer.2306 or 2307?same ngan MIA ker?

wait n see..babaiii

p/s:walaupun post ni pndek tp sbb the date today is 23rdjan...amik number 23 tu so i tulis gak..every 23 stp bulan i'll make sure i tulis entry stp 23hb ni..ok MIA

Monday, January 3, 2011

my journey..to be a teacher

hye..1st entry utk 2011..alhamdulillah 2011 plh ditunggu2 kerana bakal bergelar guru..insyaallah..perjalananku amat2 panjang untuk sampai ke saat ini..

slpas spm aku apply maktab utk jadi cikgu..mintak course math n kajian tempatan..alhamdulillah dapat p ujian bertulis(ujian kelayakan pendidikan guru(UKELP)) pada bln 8,2001..kat smart,kuantan..


 tapi xde rezeki..pastu dapat offer ke politeknik shah alam...utk intake december 2001,course business international..tp xpi sebab dpt uitm


 ni pun intake december gak dpt uitm arau course sains geomatik...after 1 years at uitm arau,transfer kt uitm shah alam tp still course yg same...

selesai diploma kat sane...sambung plak upsi..rezeki menjadi guru...bile fikir2 balik..mungkin rezeki aku cikgu..mule2 aku apply cikgu tp xdpt..mungkin rezeki aku bukan diploma pendiidkan kat maktab tapi ijazah pendiidkan kat UPSI...aku dpt pendiidkan geografi(hampir sama ngan course yang aku mtk mase kt maktab iaitu kajian tempatan)..degree kat upsi 4 years..aku masuk kt upsi december 2006.n now dah abis..4 tahun..syukur alhamdulillah...


n paling best kenangan kat UPSI yg merupakan kejayaan peribadi aku..mase  ekspo penyelidikan dan inovasi pelajar(epip)2010..i got pingat perak..
ni hadiahnyer..

syukur..alhamdulillah..hasil kerja tesis ku...ni dia..actually ni bukan abstact yg finalize..he he..
tq my lecturer or supervisor dr mazdi marzuki yg support  100% n all my family,friends n my inchik adan yg tersayang...
TAJUK: KEBERKESANAN PARK AND RIDE DI PRESINT 1,PUTRAJAYA
OLEH:ZARINAH ZAKARIA
IJAZAH PENDIDIKAN GEOGRAFI ,UPSI

ni sijil penyertaan tertulis kat situ..PINGAT PERAK...

ini adalah sebahagian daripada kejayaan peribadi semasa di UPSI selama 4 tahun...satu lagi ialah..jeng2..
dapat result yang bagus..n dean list...alhamdulillah..


aku xbertuah seperti orang lain...orang lain mungkin melalui perjalan yang begitu singkat..maksud aku..after spm,apply matrikulasi n sambung degree..tapi aku bermula dengan diploam dan sambung degree..n november 2010 baru aku tamat degreeku 4 tahun..almadulillah..2011 tahun yg paling bermakna n aku bakal bergelr guru..syukur..alhamdulillah

p/s:aku bukanlah bertujuan utk berbangga ttg diriku..jauh sekali berniat mcm tu..sekadar berkongsi pengalaman ..yg penting kita perlu berusaha untuk mencapai ape yang kita impikan..tiada kejayaan shorcut kan..okies...