Born To Be A Teacher

Sahaja aku pergi ke sekolah mendidik anak-anakku yang cemerlang agar cemerlang dunia dan akhirat kerana ALLAH TAALA...AMIN

Thursday, June 23, 2011

Sebelum lapor diri..ape yg perlu dilakukan?

Salam.

Tahniah kepada kawan2 UPSI yg dh dpt penempatan masing-masing. 27Jun 2011 nnti  tahu lah sekolah mana korang dapat.

 Sebelum datang untuk melapor diri, ada beberapa perkara yang mesti buat. Antaranya;


  • Buka akaun KWSP - dapatkan slip yang ada nombor akaun KWSP korang untuk memudahkan urusan gaji nanti. Buat siap-siap sebab benda ni sekejap je. 


  • Dokumen Perjalanan Terhad (DPT) untuk yang posting ke Sabah & Sarawak 


  • Fotostat & bawa original copy benda-benda di bawah ni:
  1. Sijil-sijil akademik dan kokurikulum semasa sekolah menengah & IPTA.
  2. Surat beranak
  3. Kad Pengenalan
  4. Buku bank (lebih selamat kalau ada akaun bank-bank berbeza, dan bawa semua.)
  5. Surat penempatan (kalau dah dapat)
  6. Surat nikah (kalau dah kahwin
  7. Gambar pasport 
Sijil-sijil akademik dan kokurikulum, Surat Beranak, IC, surat nikah
- ini untuk fail peribadi korang dan urusan-urusan lain (temuduga pengesahan dan sebagainya)


Surat Penempatan
- sebab dia sama seperti di atas.
- untuk pengesahan lantikan.
- untuk gaji.
- akan dapat bila lapor diri di JPN/ PPD atau pun selepas korang lapor diri di sekolah (pedalaman khasnya)


SPP
- isi sendiri yer online SPP selepas lapor diri.

 BTN
- kalau belum pergi, boleh mendaftar untuk masuk kursus lepas dah lapor diri.


Buku Bank
- untuk gaji.
- lebih baik korang bawa buku bank lebih dari satu (kalau ada akaun di bank-bank berlainan) 


Akaun KWSP
- kalau tak settle ni, lambatlah urusan gaji sebab gaji akan dipotong sikit untuk simpanan KWSP selagi korang tak sah jawatan atau tak pilih skim pencen. Sekarang rate potongan adalah 11% dari gaji pokok. 


ok itu jer utk entry kali nie..pe2 i akan update kemudian..okiesss

No comments:

Post a Comment