Born To Be A Teacher

Sahaja aku pergi ke sekolah mendidik anak-anakku yang cemerlang agar cemerlang dunia dan akhirat kerana ALLAH TAALA...AMIN

Friday, July 29, 2011

Dokumen yang perlu dibawa untuk temuduga SPP

Syukur alhamdulillah dengan rezeki daripadNYA
Untuk 15 Ogos 2011 nanti,banyak kene study n dokumen2 dibawa..ok i nak share ngan u all...

Pastikan semua dokumen asal dan salinan yang disahkan berikut dibawa semasa menghadiri temu duga:

1. Kad Pengenalan;

2. Sijil Lahir/Sijil Pendaftaran Kelahiran (Bagi calon yang lahir di luar negara, sila kemukakan borang W/Surat pengesahan kewarganegaraan dari Jabatan Pendaftaran Negara);

3. Sijil kelulusan yang diperolehi (mana yang berkenaan);
3.1 Sijil Akademik
3.1.1 SPM/MCE/SPVM/SPMV;
3.1.2 SAP/GCE (Kepujian Bahasa Melayu);
3.1.3 STPM/STP/HSC/Sijil Politeknik;
3.1.4 Diploma/Ijazah Akademik dan Transkrip;
(bagi ijazah yang diperolehi dalam bahasa selain Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, surat terjemahan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris adalah diperlukan dan terjemahan hendaklah dibuat oleh Institut Terjemahan Negara atau Jabatan Penuntut Malaysia atau Pejabat Kedutaan Malaysia di Negara berkenaan atau Jabatan Agama Islam Negeri bagi Ijazah Bahasa Arab sahaja);
3.2 Kelayakan Ikhtisas
3.2.1 Ijazah Pendidikan dan transkrip;
3.2.2 Diploma Pendidikan/Diploma Perguruan dan transkrip;
3.2.3 Sijil Perguruan Asas/Sijil Guru dan transkrip;
3.2.4 Sijil Latihan Mengajar Sepenggal;
3.3 Surat Tawaran / Kelulusan
3.3.1 Surat Tawaran Jawatan Guru Sandaran Terlatih; atau
3.3.2 Surat Kelulusan Cuti Belajar; atau
3.3.3 Surat Kebenaran Mengikuti Kursus PJJ; atau
3.3.4 Surat Tawaran Mengikuti Program Pensiswazahan Guru Besar;

4. Pengiktirafan kelayakan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi Ijazah dalam dan luar Negara. Tuan/puan boleh merujuk dan mencetak nilai taraf ijazah yang berkaitan melalui laman web JPA dihttp://www.interactive.jpa.gov.my/frmMainIktiraf.asp dan mengemukakan cetakan asal dari laman web tersebut kepada Suruhanjaya sewaktu temu duga. Bagi nilai taraf ijazah yang tidak terdapat dalam laman web JPA tersebut, tuan/puan dikehendaki merujuk kepada Bahagian Latihan, JPA untuk mendapatkan nilai taraf berkenaan; dan

5. Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan tetap atau Kew.8 yang tercatat tarikh melapor diri bagi Guru Sandaran Terlatih.

6. Dokumen-dokumen berikut yang telah dilengkapkan iaitu :
6.1 Senarai Tugas & Ko-Kurikulum; dan
6.2 Borang Laporan Khas Temu Duga.
Semua dokumen seperti di para 6.1 dan 6.2 tersebut perlu dimuat turun dan dicetak daripada laman web SPP diSuruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)

Ok..pasni i nk cari bahan2 untuk study plak..okiesss

No comments:

Post a Comment