Salam.
Tahniah kepada kawan2 UPSI yg dh dpt penempatan masing-masing. 27Jun 2011 nnti tahu lah sekolah mana korang dapat.
Sebelum datang untuk melapor diri, ada beberapa perkara yang mesti buat. Antaranya;
- Buka akaun KWSP - dapatkan slip yang ada nombor akaun KWSP korang untuk memudahkan urusan gaji nanti. Buat siap-siap sebab benda ni sekejap je.
- Dokumen Perjalanan Terhad (DPT) untuk yang posting ke Sabah & Sarawak
- Fotostat & bawa original copy benda-benda di bawah ni:
- Sijil-sijil akademik dan kokurikulum semasa sekolah menengah & IPTA.
- Surat beranak
- Kad Pengenalan
- Buku bank (lebih selamat kalau ada akaun bank-bank berbeza, dan bawa semua.)
- Surat penempatan (kalau dah dapat)
- Surat nikah (kalau dah kahwin
- Gambar pasport
Sijil-sijil akademik dan kokurikulum, Surat Beranak, IC, surat nikah
- ini untuk fail peribadi korang dan urusan-urusan lain (temuduga pengesahan dan sebagainya)
Surat Penempatan
- sebab dia sama seperti di atas.
- untuk pengesahan lantikan.
- untuk gaji.
- akan dapat bila lapor diri di JPN/ PPD atau pun selepas korang lapor diri di sekolah (pedalaman khasnya)
SPP
- isi sendiri yer online SPP selepas lapor diri.
BTN
- kalau belum pergi, boleh mendaftar untuk masuk kursus lepas dah lapor diri.
Buku Bank
- untuk gaji.
- lebih baik korang bawa buku bank lebih dari satu (kalau ada akaun di bank-bank berlainan)
Akaun KWSP
- kalau tak settle ni, lambatlah urusan gaji sebab gaji akan dipotong sikit untuk simpanan KWSP selagi korang tak sah jawatan atau tak pilih skim pencen. Sekarang rate potongan adalah 11% dari gaji pokok.
ok itu jer utk entry kali nie..pe2 i akan update kemudian..okiesss